Thursday 22 February 2018

Lost World of Tambun, Ipoh Perak

Assalamualaikum.

Kali ni kita buat cuti-cuti Malaysia pulak. Lost World of Tambun, taman tema air untuk keluarga dengan bajet minima. Bayar tiket masuk je, ada banyak permainan dan kolam-kolam air kat dalam tu boleh main dan berendam sepuas hati secara percuma.

Dari Taiping ke Tambun, Ipoh.

Berikut merupakan catatan perjalanan ke Ipoh bersama keluarga (5 orang) balik hari. Naik kereta. Satu hari je, pergi balik.

Sebelum tu kita post dulu gambar tuan tanah kedaung. Depan pintu masuk Lost World of Tambun.

Tiket

Tiket masuk termasuk semua tempat, kolam, kolam air panas, permainan, aktiviti dan tempat lawatan.

Harga tiket biasa :
Dewasa : RM 95.00
Kanak-kanak : RM 88.00
Warga emas : RM 88.00

Harga tiket dengan MyKad/IC :
Dewasa : RM 65.00
Kanak-kanak : RM 58.00
Warga emas : RM 58.00

*Nak diskaun banyak, masa beli tiket, tunjuk IC setiap orang, dan kad keahlian (member card) apa-apa jenis kad pun. Contohnya kad Petron, Watson, Bonuslink, etc.


Tiket masuk. Masa masuk scan, nak keluar nanti pun scan lagi. Jangan hilangkan.

Pakaian

1. Baju renang / Baju renang muslim
2. Tracksuit dan baju jersi
3. TAK BOLEH pakai apa-apa pakaian daripada material cotton/kapas.
4. Kalau tak masuk kolam, pakai apa pun boleh.

* Kami pakai tracksuit + baju jersi + tudung sarung. Lepas masuk dan lepas untuk semua permainan air. Janji bukan cotton.

Permainan dan Kolam Air

1. Sandy Bay - Pantai buatan manusia. Suasana macam betul-betul tepi pantai.

Water curtain depan pintu masuk

2. Kids Explorabay - Kawasan untuk kanak-kanak sahaja. Ada pirate ship, air pancutan, gelongsor air bersaiz kanak-kanak, etc

3. Cliff Racer - Gelongsor air terbuka. Macam roller coaster. Kena beratur dan naik dari atas. Staff akan bantu dari atas. Boleh naik banyak kali sesuka hati. Beratur - naik, beratur - naik, ulang la sampai pengsan. Sekali naik berdua, guna pelampung bentuk 8. Pelampung disediakan.

4. Tube Raiders - Gelongsor air. Berpusing-pusing. Sama jugak, kena beratur dan naik dari atas. Pun boleh naik banyak kali kalau rajin nak beratur la. Naik berdua, guna pelampung bentuk 8. Pelampung disediakan.

Tube Raiders. Ni dah sampai bawah.

5. Slides - Ada jugak gelongsor air naik seorang. Tak guna pelampung. Area gelongsor depan pintu masuk Petting Zoo. Pun sama boleh naik banyak kali sampai semput.

6. Kolam Air Panas - Ada banyak kolam, kolam mengikut suhu. Ada 30°, ada 40°. Boleh masuk mana-mana berkenan. Ada juga kolam yang menyediakan batu akupuntur.

Salah satu kolam air panas

Aktiviti dan Permainan Darat

1. Lupe's Adventure - Roller coaster. Boleh naik banyak kali, yang penting beratur dan ikut giliran. Sekali jalan, akan pusing 2 round.

2. Storm Rider - Pirate ship. Kapal lanun pusing 180°. Berapa round tu tak ingat. Pun boleh naik banyak kali.

3. Giddy Galleon - Benda pusing-pusing tu. Ala tak tahu la nama spesifik dia apa.. haha, kerusi berbentuk kapal kecil, boleh muat 2 orang.

4. Dragon Flight - Buaian bersaiz besar. Kerusi untuk seorang. Dah duduk, pakai belt. Dia akan berpusing sampai pening. Tapi pusingan tak laju sangat pun. Budak-budak pun boleh naik.

5. Haunted Chambers - Rumah hantu.

6. Perak Parade - Merry-go-round.

7. Petting Zoo - Zoo peliharaan yang menempatkan lebih 55 spesis binatang. Boleh bagi makan haiwan kat sini. Makanan yang disediakan pihak zoo ye. Beli dan suap diorang makan.

Atas : Pak belang tengah berendam
Bawah : Bagi zirafah makan

Depan kandang zirafah dan kuda belang.

Mak dengan Ayah excited tengok monyet makan. 


INFO Kaki :
1. Masa nak beli tiket, jangan lupa bawak siap2 kad pengenalan dan kad membership contohnya kad petron, watson etc. boleh dapat diskaun lagi.
2. Bawak casing kalis air plastik untuk telefon. Nak main air, takdela henfon masuk air. Nak bergambar pun takde masalah. Kat dalam ada jual, tapi mahal. Baik bawa/beli siap2 dekat luar, RM10 jur.
3. Surau dan tandas ada disediakan di dalam. Free je. So, takyah risau, bagi sesiapa yang plan balik hari, boleh stay lama kat dalam tu.
4. Loker untuk simpan beg disediakan. Bayaran RM30 per loker. Kaedah dia sama jugak, beli token dekat kaunter, setiap kali nak bukak, scan token.

Itu sahaja. Adios