Tuesday 3 December 2019

Kem Terendak - Melaka Bandar Bersejarah

 Assalamualaikum.

Selain bandar bersejarah untuk Tanah Melayu, Melaka juga ada sentimental value sejarah untuk keluarga kami. Sebelum tu marilah kita throwback dulu masa-masa silam dahulukala Kem Terendak dan kami sekeluarga.. 😇


1998 - Kami sekeluarga berpindah dari Taiping ke Kem Terendak. Ayah askar, jadi memang standard la askar ni berpindah randah. 3 tahun dekat Melaka, ayah pencen askar (Sarjan) kami pindah balik ke Taiping, sebab sebelum pindah ayah dah beli rumah dekat Taiping. Banyak perkataan pindah bukan.... hahahahaha

2001 - Pindah semula ke Taiping

2018 - Da (anak kelima) posting sebagai Leftenan Muda di Kem Terendak, Melaka. Nampak tak susunan Allah tu cantik kan, dalam banyak-banyak Kem askar dekat Malaysia tercinta ni, dekat kem tu jugak la tawaran posting pertama dia dapat.


Terendak, Melaka. Kem Terendak haruslah terletak di dalam daerah Terendak. Nampak kan tepi laut. Ni lah sebab utama legam masa sekolah dulu. 😎


Melaka terletak di antara Negeri Sembilan dan Johor. Dalam kes kalini, iolss nak cerita pasal Kem Terendak je, walaupun Melaka ni kecil je, nak cerita sebiji Melaka kena ada paling kurang pun 2 cerpen lagi. Wokeh, jom cekidaut apa itu Kem Terendak, Melaka.


Sejarah Kem Terendak

Terletak di Sungai Udang, Melaka. Kem ini mula dibina pada tahun 1957 oleh tentera British untuk menempatkan markas Briged Infantri Komanwel ke-28. Penempatan bersama oleh tentera dari 3 negara iaitu Australia, New Zealand dan Britain. Beserta peralatan bantuan perang dan perkhidmatan. Tapi lepas mereka berundur, Kem ini diserahkan kepada Kerajaan Malaysia. Sumber segala Google dan Wikipedia.


Pantai Tanjung Bidara

Terletak bersebelahan je dengan Kem Terendak. Salah satu pantai yang terkenal di Melaka untuk berkelah dan mandi laut. Dulu lepas balik sekolah kitorang singgah pantai ni macam singgah playground je bagi budak-budak sekarang. Pergi pantai kutip kepah.. Yang seronoknya, kepah ni memang senang dapat dekat pantai, kuis-kuis pasir sikit dah jumpa.

Pakailah double triple sunblock sebelum mandi laut, supaya tak berjelaga muka anda itu 😎


Masjid As-Syuhada

Masjid yang mempunyai ciri-ciri senibina Cina ini mula dibina pada tahun 1989. Info dari laman web masjid ini, pembinaan pernah tertangguh lama disebabkan masalah kewangan. Bila dilihat pada ciri rekabentuk China-Islam ni boleh membawa salah satu sejarah tamadun kedatangan Cina ke Melaka pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sejarah sangat.

Sumber : Masjid As-Syuhada

Masjid As-Syuhada, Kem Terendak


Kedai Wan Lempeng (Batu Tenggek)

Terletak di Tanjung Bidara. Menu popular mestilah lempeng. Lokasi gerai ni betul-betul sebelah laut. Sambil makan, sambil layan angin laut. Nak tengok sunset pun cantik kawasan ni. Selain tu, sekeliling kawasan ni ada batu-batu besar, sebab tu panggil Batu Tenggek kot 😬


Lempeng kelapa cicah sambal ikan bilis. Sedap 😋

Lamb grill 😋

Menu lain pun ada. Mee Sup, Nasi Goreng Kampung dan Mango Smoothie. Semua sedap 😋


SK Kem Terendak 2

Sekolah. Dalam 90% pelajar adalah anak-anak tentera. Mungkin ada yang tahu, tapi bagi yang belum tahu, semua anak-anak askar pergi sekolah naik trak askar. Ye, trak askar yang besar gedabak tu, kitorang naik pergi sekolah. Tapi dalam kem-kem askar benda ni biasa, siap beratur lagi trak-trak askar setiap kali waktu balik sekolah. Beratur. Bukan bersepah-sepah parking sana sini. Tentera memang bersistematik dari A to Z. Sampaikan ambil anak sekolah pun ada sistem. Dulu tak rasa benda ni, bila dah masuk 'alam' orang awam ni, rasa bezanya. 

Tapi dengar cerita, sekarang dah tak guna trak untuk ambil anak dari sekolah, guna bas PLKN. Tak merasa la budak-budak sekarang nikmat sebenar anak askar.....muehehehehe


Itu je buat masa sekarang. Adios