Sunday 23 February 2020

Seoul-Busan, Korea Selatan (South Korea) - Trip 2020

 Assalamualaikum.

Bagi sesiapa je yang tanya pasal travel ke Korea, iolss mesti cadangkan wajib selitkan itinerari dengan sauna a.k.a Jimjilbang. Trip sisterhood 7 hari 6 malam ke Korea ke kita kalini agak mencabar sikit. Sebabnya, kes nak check-in sauna dapat layanan ya ampun malas aku cerita, so tiada sauna kali ini 😖

Tapi overall trip memang best, lupakan tak dapat tidur sauna, dapat main salji sejuk sikit hati ini. Unexpected salji turun masa kitorang dekat Gangnam. Maka sejuk gedik-gedik pun gigih duduk luar fefeeling winter sonata.


Day 1 (12 Feb 2020)

Dari KLIA 2 ke Incheon Airport, Korea Selatan. Sampai Incheon dalam pukul 2.50 petang waktu Korea. So, macam biasa dah sampai Airport kena beli T-Money untuk memudahkan perjalanan sepanjang berada di Korea. Yang dah ada, boleh skip part ni. Terus naik subway ke Itaewon, memang pilihan hotel dekat Itaewon senang nak cari makan. Lagipun, bagi yang first time datang Korea, wajib kenal-kenal Itaewon ni dulu khennn... hewhew

Sampai Incheon Airport. Masa ni tunggu Kiki setelkan kes hilang pasport dia


Perjalanan dari Incheon Airport ke Itaewon pun dah makan masa 1 Jam lebih. Check-in hotel dan pergi makan dulu. Malam tu keluar balik, jalan-jalan sekitar Itaewon dulu, rehat bersungguh-sungguh esoknya baru all out.

Malam tu hujan, tapi keluar jugak. Cari makan lagi


Day 2 (13 Feb 2020)

  1. Starfield Library - Samseong Station (Subway Line 2 - Exit 5 atau 6)
  2. Dongmyo Flea Market - Dongmyo Station 
  3. Restoran Kampungku - Myeongdong Station (Exit 2)
  4. Daiso 11 tingkat Myeongdong - Myeongdong Station (Exit 2)

Pagi-pagi dah keluar. Sarapan dulu. First point harini, Starfield Library. Naik subway turun stesen Samseong (subway Line 2 - exit 5 atau 6). Perjalanan dari Itaewon lebih kurang 40 minit. 

Pintu masuk Starfield Library, dalam Coex Mall

Nama pun Library, so dah masuk sini jaga adap macam biasa, kita memang datang melancong, diorang pergi sana study dan membaca. So keep quiet. Kecil je library ni, masuk percuma.

Eskalator ni tengah-tengah alam library ni. Memang salah satu hotspot untuk bergambar. Lepastu kena ambil giliran dengan orang lain jugak wei 😁

Dari Samseong ke Dongmyo. Dongmyo Flea Market. Pasar karat, jual barang bundle. Mula-mula macam nak sekejap je kan, sekali dah masuk, macam tak ingat dunia.. Masing-masing borong winter coat dan jaket. Masalah nya, bundle pun helok, lepastu murah.. haish

Dongmyo Flea Market, Dongmyo Station

Makan & solat dekat Restoran Kampungku, Myeongdong. restoran ni ada surau dekat tingkat atas. Boleh tumpang solat dekat situ. Owner dia orang Malaysia. Pun ramai pelancong dari Malaysia singgah makan sini.

Restoran Kampungku, Myeongdong. Ayam goreng, Nasi Goreng Kimchi, dan lain-lain menu 😋


Part paling best trip Korea ialah Daiso. Maka dah sampai Myeongdong haruslah pergi Daiso paling besar dekat sini. Dekat je dari Restoran Kampungku tadi. Boleh siap sedia 4-5 jam dekat dalam tu. Yang setingkat pun dah berejam, apatah lagi 11 tingkat. Pengsan.

Daiso Myeongdong. Dah keluar masuk balik, ulang sampai last train, baru nak balik 😆


Day 3 (14 Feb 2020)

  1. Gyeongbokgung Palace - Gyeongbokgung Station (Exit 5)
  2. Cultural Village sekitar Gyeongbokgung
  3. Nandaemun Market - Hoehyeon Station (Exit 5)
  4. EID Authentic Korean Cuisine - Itaewon

Jom melawat istana terbesar di Korea. Dekat Korea ni banyak je istana-istana tinggalan dinasti Joseon dulu, tapi yang terbesar dan merupakan tempat tinggal Maharaja Joseon ialah Gyeongbokgung Palace. Naik subway turun Gyeongbokgung Station atau Anguk Station.

Gyeongbokgung Palace. Besar & sangat luas kawasan istana ni

Queen Sejong tengah fikir nak makan sambal belacan dekat mana 😝 

Tiket masuk 3,000 won seorang, tapi kalau pakai Hanbok, masuk percuma. So, sewa hanbok sebelum masuk. Dekat luar istana dan sekitar dia banyak kedai sewa hanbok. Kitorang pilih The King Hanbok, betul-betul depan Exit 4 Station Gyeongbokgung. 4 jam 9,900 won jer. Tempat lain boleh sampai 20,000 won 4 jam. Phewww

Agak lama dekat dalam istana, keluar pun jalan-jalan sekitar tu lagi. Pergi Nandaemun market, lepas tu balik Itaewon, makan malam dekat EID Authentic Korean Cuision, masa ni kawan Korean Pana join sekali. Restoran ni ada cawangan dekat Bandar Baru Bangi. Selepas tu sambung lagi minum kopi dekat cafe apa nama tak ingat... hewhew

EID Authentic Korean Cuision, Itaewon. Halal, tukang masak Korean.

 

Day 4 (15 Feb 2020)

  1. Seoul Central Mosque - Itaewon
  2. Daiso Myeongdong lagi sekali - Exit 2
  3. Ewha Woman University
  4. Jimjilbang/sauna dekat Gangnam - Sinsa Station (Cancelled)
  5. E Residence Gangnam - Sinsa Station

Sebelum check-out hotel singgah Masjid Seoul (Seoul Central Mosque) dulu. Check out hotel. Planning asal untuk bermalam dekat Seoul ni ada 2, iaitu hotel & sauna. Tapi apakan daya, dah sampai sauna yang dipilih, dapat layanan kurang memuaskan dari penyambut tetamu. Baca review, memang ramai dah kena rupanya.

Seoul Central Mosque, Itaewon

Lokasi sauna dekat Gangnam, dari Itaewon turun Sinsa Station. Sebab dah cancel check in sauna, jadi sementara survey mencari hotel baru area Gangnam, lepak dulu dekat busstop sebab dah malam.

Check in hotel 1 malam. Staff atau maybe owner hotel tu baik sangat. Hilang penat.

E-Residence, Gangnam, Seoul. Lebih kurang 5 minit jalan kaki dari Sinsa Station. Recommended

Sepanjang masa guna Subway, selfie satu kali

Day 5 (16 Feb 2020)

  1. Express Bus Terminal
  2. Busan Bus Terminal - Nopo Station
  3. Noblian Building - Seomyeon Station (Exit 9)

Pagi sebelum check out, salji turun. Ala, happy la macam ni.....hahahhahahaha

Depan E-Residence, Gangnam turun salji. Dari sini, terus gerak naik bas ke Busan.

Nak ke Busan kitorang pilih menaiki bas express. Dari Gangnam naik subway turun Express Bus Terminal Station. Beli tiket bas ke Busan. Perjalanan Seoul-Busan menaiki bas lebih kurang 5 jam. Harga tiket 46,800 won (mahal sebab terbeli First class - tapi berbaloi, 5 jam nak duduk kan)

Seoul - Busan

Sampai Busan Bus Terminal atau Nopo Station untuk laluan subway. Dari Nopo station turun di Seomyeom Station sebab dah book AirBnb dekat kawasan sini iaitu Noblian Building. Kitorang sampai pun dah malam masa ni, ditambah pulak dengan angin kuat sangat sebab dah dekat dengan laut. Angin kuat sejuk malam kejadiannya lapar la, so singgah 7E cari makan dulu, baru check in guesthouse.

Bayangkanlah, dari Seoul kan dah shopping sakan, dengan luggage beg berat lagi, tambah pulak angin sejuk kuat bila sampai Busan, dari Seomyeon station tu walaupun dia cakap 7 minit je nak sampai guesthouse, aku dah semput macam hiking 5 jam.

Noblian Building ni pun recommended jugak, selesa, bersih, luas, cantik semua ada la.


Day 6 (17 Feb 2020)

  1. Busan Gamcheon Cultural Village - Goejeong Station (Exit 6)
  2. Dadaepo Beach - Dadaepo Beach Station

Kalau rajin tengok k-drama, Busan ialah salah satu hot location untuk shooting drama diorang. Salah satu tempat paling famous dekat Busan ni ialah Gamcheon Culture Village. Nak ke Gamcheon, naik subway turun Goejeong Station, lepas tu ambil local bus turun Gamcheon Elementary School Bus Stop.

Busan Gamcheon Cultural Village. 

Masa ni tak payah risau pun, ramai je turun sini. Ahjumma yang naik bas ni sekali pun kalau nampak visitor memang diorang akan beritahu dekat mana nak turun.

Kalau boleh memang nak berbungkus satu badan terus. Angin sejuk sangat

Dalam village ni banyak kawasan yang boleh dilawati, so kitorang ambil masa 1 hari dekat sini saje. Petang baru bertolak pergi Dadaepo Beach. Laluan subway untuk Busan ni sehala je, so senang. Kalau laluan subway Seoul berselirat penat pikir nak jimatkan masa.. kehkeh

Dadaepo Beach. Tak pergi pantai pun, angin sejuk+kuat sangat. Jalan sekitar jambatan ni je tengok sunset. Tukar baju tebal sebab tak tahan sejuk.. hewhew


Day 7 (18 Feb 2020)

Hari last, memang terus pergi Airport. Tiket balik pukul 11.00 pagi, so kena keluar awal. Naik subway dari Seomyeon Station ke Gimhae International Airport lebih kurang 30 minit.