Sunday 3 June 2018

Gwangju, Korea Selatan (South Korea) - Trip 2018

Assalamualaikum.

Kali kedua datang Korea Selatan. Kau dah kenapa kannn... Salah satu sebabnya pemandangan dan tempat-tempat yang cantik dan menarik di sana. Sekali trip mana cukup.
 Sekarang dah ramai orang Malaysia pergi Korea ni, gara-gara drama Korea yang mempengaruhi netizen termasuklah si tuan tanah kedaung.. 😜😆

Korea Selatan memang terkenal sebagai pusat pelancongan dari pelancong seluruh dunia. Sekarang kita nak cerita sikit salah satu bandar besar di Korea. Gwangju

Gwangju terletak di bahagian barat daya Korea Selatan. Rujuk peta di bawah.

Peta Korea Selatan

Kalau nak dibandingkan Seoul dengan Gwangju, Gwangju lebih aman dan tenteram dari segi suasana dan persekitaran. Tapi masih lagi dalam kategori bandar metropolitan. Seoul ni memang la crowded tapi seronok.

Dari Seoul ke Gwangju ada beberapa pilihan pengangkutan boleh kita ambil. tapi yang paling mudah dan efisien malah popular sudah tentulah Subway! Nak merasa pengalaman ala-ala Running Man boleh naik Bas Ekspress.

Boleh cari Terminal Bus Express.


Duit
RM 100.00 = ₩27,100
Bawak seberapa yang mampu. Sebab currency Korea tinggi dari Malaysia. Cadangan belanja untuk 7 hari ₩350,000 = RM 1,300.00

Visa
Free Visa 90 hari. Ada passport, beli tiket dah boleh jalan. Macam biasa cek status perjalanan imigresen. Boleh cek dekat laman web imigresen. Dan cek tarikh expired passport.

Tiket
Pergi : KUL - ICN
Balik : ICN - KUL

*Pergi dan balik di Incheon airport sebab boleh singgah Seoul, dan dari Malaysia tiada direct ke airport Gwangju. Seoul ni macam KL, wajib singgah macam-macam ada. Yang kaki shopping bersiap sedia la. Memang rambang mata wei


Aktiviti dan Tempat Melawat

1. Pulau Imja - Kali ni datang masa musim bunga, jadi salah satu tempat pilihan ialah Pulau Imja (Shinan-do). Nak datang sini caranya hanya dengan menaiki feri, tiada laluan darat. Pulau ni terkenal dengan gelaran Pulau Tulip, sebab bunga tulip memang sangat subur di sini dan bunga tulip memang ada di mana-mana je dalam pulau ni.

Seoul - Gwangju - Jeonam. Jumlah tambang bas 28,700 won


Dari stesen bas Gwangju, beli tiket bas ke Jeonam. Akan sampai di terminal feri Jeonam Dock. Beli tiket naik feri untuk masuk pulau. Masa beli tiket kena tunjuk pasport.

Naik feri untuk ke pulau.

Setiap tahun memang akan diadakan festival tulip iaitu Shinan Tulip Festival di pulau ni semasa musim bunga (sekitar bulan Mac-April).

Atas : Salah satu taman bunga tulip di pulau. 
Bawah : Dekat jeti je ni.. lawo nau jambatan pun. Boleh fefeeling shooting drama kat sini


2. Masjid Umar Bin Khattab - Walaupun bukan sebuah negara Islam, sebesar-besar alam Korea tu, ada beberapa buah masjid didirikan. Selain di Itaewon Seoul, Gwangju juga ada sebuah masjid terletak di Yeok-dong. Boleh singgah untuk solat.

3. 1913 Songjeong Market - Pasar yang agak klasik. Macam 'old-fashioned' sikit. Tapi tak bermakna semua barang jualan antik dan klasik. Kecik je pasar ni. Street market. Ada gerai jual makanan tradisi Korea, kedai makan, kedai kopi, cenderahati. Yang minat sejarah, benda-benda klasik sesuai datang sini. Masih ada lagi beberapa bangunan lama dekat sini.

Dekat sini tak ramai pun pelancong atau orang luar, jadi agak pelik sikit kalau tiber-tiber ada anak solehah jalan-jalan sini kan, so relaks sudah.

Tak lama pun dekat Gwangju, terus pergi Seoul.. kehkeh padahal tajuk Gwangju 😝

4. Dongdaemun Market - Trip yang lepas dah teroka underground market. Kalini market atas pulak. Besar dan bertingkat. Ada banyak bahagian. Barang jualan seperti fabrik, aksesori, barang kawin orang Korea. Berdekatan dengan Dongdaemun Market ni, ada satu sungai yang femes dekat sini. Namanya Cheonggyecheon Stream.

5. Cheonggyecheon Stream - Sungai ni panjang ye. Ada beberapa station subway boleh turun antaranya Dongdaemun station, Jongno-3-ga station atau Euljiro-3-ga station. Dah sampai sini turunlah bawah dan bergambar. Dia ada je laluan atas, tapi tak bestlah tak turun bawah. Santai je. Air dia bersih sejuk dan jernih je. Kalau datang timimg yang betul, boleh tengok Lantern Festival dekat sini.

Cheonggyecheon Stream. Untung pergi masa ni tak ramai orang. Boleh bergambar dengan senang hati.. hewhew

Ada orang tengah setup kamera. Kita selpie duluuuu. Lepastu gambar dalam henpon ada dua keping je.. bertuah 😑


6. Ewha Woman University - Naik subway turun je Station Ewha Woman University. Tarikan utama dia semestinya universiti tu sendiri dan shopping street. Memang rambang mata datang sini. Barangan yang dijual memang fokus utama untuk orang muda. Level crowded dia sederhana.

Ada satu kawasan tu tempat lepak-lepak untuk yang forever alone. Lebih kepada yang nak relax sebenarnya.. hehe, boleh berhenti rehat jap dekat sini.

Okay dekat sini boleh duduk-duduk sekejap, sebelum sambung shopping


Anggaran Kos Kasar

Tiket pergi balik - RM 750.00
Penginapan 6 malam - ₩60,000 (seorang)
Tiket bas Seoul-Gwangju-Seoul - ₩17,500 x 2
Tambang feri - ₩4,100 (tak ingat, lebih kurang harga ni. Tak sampai 5k)
Tambang subway (T-money) 7 hari - ₩20,000
Makan 7 hari - ₩60,000
Lain-lain (shopping + overhead) - ₩100,000 (anggaran bagi yang selalu tak ikut jadual 😅)


INFO Kaki :
1. Lepas sampai airport Korea, terus beli T-Money a.k.a Touch&Go. Cari mesin yang jual T-Money. Ada dekat airport dan ada dijual di convenient store i.e 7E. Ada T-Money ni senang hidup korang dekat Korea. Dah beli topup siap-siap.
2. Toilet/tandas di Korea tiada paip air. Pastikan bawak botol air @ bekas untuk isi air bila keluar berjalan. In case tetiba nak masuk toilet.
3. Belajar sikit-sikit bahasa Korea. Kebanyakkan orang Korea tak fasih English. Download apps bahasa Korea pun ok.
4. Susah nak jumpa surau @ masjid. Plan timing bebetul sebelum keluar.
5. Susah jumpa makanan Halal kecuali dekat Itaewon. Kalau pergi tempat selain Itaewon, bawak bekal @ makan siap-siap. Susah jumpa, bukan takde.
6. Pakai kasut yang betul-betul selesa.  Di Korea akan banyak berjalan, sebab guna public transport. Dan tempat lawatan & shopping mostly luas.
7. Bawa travel adapter. Korea guna plug 2 pin kepala bulat. Plug diorang takde suis, cucuk terus masuk. Dan bawa powerbank.
8. Pakai/bawa pakaian yang sesuai ikut musim.


Musim bunga - April 2018


Shinan Tulip Festival - April 2018

Sekian, adios.

1 comment:

  1. sis emailkn itenary boleh?
    email: min_saa86@yahoo.com

    ReplyDelete