Thursday 30 January 2020

COVID-19 - Kes Permulaan di Malaysia

 Assalamualaikum.

25 Januari 2020 - Kes positif pertama COVID-19 di Malaysia apabila 3 orang warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor daripada Singapura. KKM menasihatkan supaya jangan melancong ke China jika tiada keperluan.

Penyakit korona virus ini adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus korona. Dikenali sebagai COVID-19 iaitu Corona Virus Disease 2019. Berasal dari Wuhan China, virus ini mula tersebar ke seluruh dunia melalui sentuhan fizikal.

Virus yang menyebabkan COVID-19 ini tersebar terutamanya melalui titisan yang terhasil apabila orang yang dijangkiti batuk, bersin atau menghembuskan nafas. Anda boleh dijangkiti oleh virus tersebut jika anda berada berhampiran dengan orang yang dijangkiti COVID-19 atau dengan menyentuh permukaan yang tercemar, kemudian menyentuh mata, hidung atau mulut anda.


Langkah-langkah melindungi diri anda


Disebabkan ini, kerajaan dan seluruh dunia telah menjalankan satu kaedah pemulihan atau cara mengatasi dengan larangan bersentuhan, penjarakan sosial dan penyebaran secara menyeluruh dengan perintah kawalan pergerakan.


Gejala COVID-19 yang dialami :

1. Demam

2. Batuk kering

3. Keletihan

4. Sakit-sakit badan

5. Cirit birit

6. Sakit kepala

7. Sakit tekak

8. Hilang deria rasa atau bau

9. Ruam pada kulit


Gejala COVID-19 yang serius :

1. Kesukaran bernafas atau sesak nafas

2. Rasa sakit atau tekanan pada dada

3. Tidak dapat bertutur atau bergerak


Cara mencegah penyebaran COVID-19 :

1. Bersihkan tangan dengan kerap. Gunakan sabun atau hand sanitizer berasaskan alkohol.

2. Kekalkan jarak yang selamat daripada sesiapa yang batuk atau bersin.

3. Pakai pelitup muka (mask) jika berada di luar atau tempat awam.

4. Tutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin.

5. Duduk dirumah dan kurangkan beraktiviti di luar jika tidak perlu.

6. Kurangkan aktiviti yang melibatkan ramai orang.

7. Jika anda batuk, deman dan mengalami kesukaran bernafas, segera dapatkan rawatan perubatan.



Langkah-langkah kesiapsiagaan dan respon KKM bagi mengelak penularan COVID-19


Sunday 19 January 2020

Umrah Mabrur - Mak & Ayah

 Assalamualaikum.

6 Januari 2020 - 17 Januari 2020 (12 hari)

Umrah ialah haji kecil yang bermaksud ziarah.

Alhamdulillah. Rezeki Mak & Ayah dapat menunaikan Umrah pada tahun ni. Pembukaan tahun baru yang baik. Disebabkan kami adik-beradik semua dah besar-besar belaka, mak ayah memang tak risau pun nak tinggal rumah, tapi risau ke anak-anak angkat seramai 20 ekor ya hadirin hadirat... 😁

Anak-anak bulus sekalian pagi-pagi demand sarapan ikan rebus, jadi kami sepakat bergilir-gilir ambil cuti untuk jaga rumah & budak-budak bulus ni... weowwww

Tengok la muka tu. 


Agensi Umrah

Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd

HQ & Cawangan - Shah Alam, Selangor | Taiping, Perak | Kuala Terengganu, Terengganu | Kota Bharu, Kelantan

Ada beberapa jemaah dari Taiping, jadi pihak agensi menggunakan pengangkutan van dari Taiping ke KLIA. Biar sekali jalan, senang nak berkumpul dan tiada yang terlepas pandang. Anak-anak atau saudara mara yang nak hantar boleh berkumpul di KLIA terus.

Agensi : Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd


Pakej Umrah termasuk :-

  1. Tiket penerbangan pergi dan balik
  2. Pengurusan Visa umrah dan khidmat Muassasah
  3. Hotel penginapan
  4. 1 set beg pakaian
  5. Pengangkutan di Makkah dan Madinah serta khidmat Mutawwif
  6. Kursus dan buku panduan umrah
  7. Makan dan minum 3 kali sehari
  8. Air Zamzam 5-10 liter seorang


Malaysia - KLIA 1 (6 Jan 2020 - Isnin)

  • Penerbangan Malaysia Airlines (MAS)
  • Jadual penerbangan - 6 Jan 2020 KUL/JED MH156 (ETD 1900 - ETA 2340)
  • Jemaah diminta meletakkan beg kargo di hadapan kaunter F pada jam 3.30 petang
  • Sila pastikan memakai pakaian ihram dari rumah atau di airport (Masuk Makkah dahulu)
  • Staff Zahafiz akan tag beg jemaah untuk urusan check in (Jemaah boleh pergi solat dahulu atau beraktiviti bebas)
  • Jemaah akan diminta berkumpul semula di tepi kaunter F pada jam 5.00 petang untuk taklimat
  • Visa semua jemaah sudah dapat

Sebelum berlepas. Masa ni mintak mak ayah doa banyak-banyak 😄


Rukun Umrah

1. Berihram - Memakai pakaian ihram. Bagi lelaki memakai 2 lembar kain putih yang tidak berjahit. Bagi wanita pakaian ihram lebih bebas yang menutup seluruh tubuh kecuali wajah dan telapak tangan.

Disunatkan memakai pakaian berwarna putih.

Berihram dan disunatkan berwarna putih


2. Tawaf - Mengelilingi kaabah 7 pusingan. Niat tawaf ialah "Aku berniat tawaf umrah di kaabah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala"


Depan kaabah. LabbaikAllah humma labbaik


3. Saie - Syarat sah saie ialah dilakukan selepas tawaf, dengan tujuan hendaklah semata-mata untuk saie. Bermula dari Bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah, sempurna bilangan 7 kali dari kaki bukit ke kaki bukit. Perjalanan tidak boleh terputus, seperti melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula dengan pintu lain.



Ziarah ke Jabal Thur. Sebuah gunung di Tanah Arab yang terletak di kawasan tanah rendah kira-kira 4km di bahagian selatan Masjidil Haram, Mekah



Bersama jemaah lain di Jabal Thur. 

4. Tahallul - Mencukur atau menggunting sebahagian rambut di kepala selepas selesai saie bagi menandakan telah selesai mengerjakan umrah. Memotong rambut sekurang-kurangnya 3 helai. Afdhal bagi lelaki untuk bercukur. Bagi wanita, boleh memotong mana-mana bahagian rambut asalkan tidak kurang dari 3 helai.

Bukit Safa. Selepas selesai Saie, bertahallul


Kubah hijau ialah Makam Nabi, di sebelah makam ialah Raudhah

5. Tertib - Setiap rukun yang dilakukan mesti mengikut turutan dan tertib.


Talbiyah. Disunatkan untuk bertalbiyah semasa berihram.


Madinah - Malaysia (16 Jan 2020 - Khamis)
  • Penerbangan Malaysia Airlines (MAS)
  • Jadual penerbangan - 16 Jan 2020 MED/KUL MH159 (ETD 2255 - ETA 1255+1)
  • Jemaah tiba di Malaysia pada 17 Jan 2020 hari Jumaat, jam 12.55 tengah hari.

Allahu Akbar. Alhamdulillah. SubhanAllah.