Assalamualaikum.
6 Januari 2020 - 17 Januari 2020 (12 hari)
Umrah ialah haji kecil yang bermaksud ziarah.
Alhamdulillah. Rezeki Mak & Ayah dapat menunaikan Umrah pada tahun ni. Pembukaan tahun baru yang baik. Disebabkan kami adik-beradik semua dah besar-besar belaka, mak ayah memang tak risau pun nak tinggal rumah, tapi risau ke anak-anak angkat seramai 20 ekor ya hadirin hadirat... 😁
Anak-anak bulus sekalian pagi-pagi demand sarapan ikan rebus, jadi kami sepakat bergilir-gilir ambil cuti untuk jaga rumah & budak-budak bulus ni... weowwww
![]() |
Tengok la muka tu. |
Agensi Umrah
Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd
HQ & Cawangan - Shah Alam, Selangor | Taiping, Perak | Kuala Terengganu, Terengganu | Kota Bharu, Kelantan
Ada beberapa jemaah dari Taiping, jadi pihak agensi menggunakan pengangkutan van dari Taiping ke KLIA. Biar sekali jalan, senang nak berkumpul dan tiada yang terlepas pandang. Anak-anak atau saudara mara yang nak hantar boleh berkumpul di KLIA terus.
Agensi : Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd
Pakej Umrah termasuk :-
- Tiket penerbangan pergi dan balik
- Pengurusan Visa umrah dan khidmat Muassasah
- Hotel penginapan
- 1 set beg pakaian
- Pengangkutan di Makkah dan Madinah serta khidmat Mutawwif
- Kursus dan buku panduan umrah
- Makan dan minum 3 kali sehari
- Air Zamzam 5-10 liter seorang
Malaysia - KLIA 1 (6 Jan 2020 - Isnin)
- Penerbangan Malaysia Airlines (MAS)
- Jadual penerbangan - 6 Jan 2020 KUL/JED MH156 (ETD 1900 - ETA 2340)
- Jemaah diminta meletakkan beg kargo di hadapan kaunter F pada jam 3.30 petang
- Sila pastikan memakai pakaian ihram dari rumah atau di airport (Masuk Makkah dahulu)
- Staff Zahafiz akan tag beg jemaah untuk urusan check in (Jemaah boleh pergi solat dahulu atau beraktiviti bebas)
- Jemaah akan diminta berkumpul semula di tepi kaunter F pada jam 5.00 petang untuk taklimat
- Visa semua jemaah sudah dapat
![]() |
Sebelum berlepas. Masa ni mintak mak ayah doa banyak-banyak 😄 |
Rukun Umrah
1. Berihram - Memakai pakaian ihram. Bagi lelaki memakai 2 lembar kain putih yang tidak berjahit. Bagi wanita pakaian ihram lebih bebas yang menutup seluruh tubuh kecuali wajah dan telapak tangan.
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih.
![]() |
Berihram dan disunatkan berwarna putih |
2. Tawaf - Mengelilingi kaabah 7 pusingan. Niat tawaf ialah "Aku berniat tawaf umrah di kaabah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala"
![]() |
Depan kaabah. LabbaikAllah humma labbaik |
3. Saie - Syarat sah saie ialah dilakukan selepas tawaf, dengan tujuan hendaklah semata-mata untuk saie. Bermula dari Bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah, sempurna bilangan 7 kali dari kaki bukit ke kaki bukit. Perjalanan tidak boleh terputus, seperti melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula dengan pintu lain.
![]() |
Ziarah ke Jabal Thur. Sebuah gunung di Tanah Arab yang terletak di kawasan tanah rendah kira-kira 4km di bahagian selatan Masjidil Haram, Mekah |
![]() |
Bersama jemaah lain di Jabal Thur. |
4. Tahallul - Mencukur atau menggunting sebahagian rambut di kepala selepas selesai saie bagi menandakan telah selesai mengerjakan umrah. Memotong rambut sekurang-kurangnya 3 helai. Afdhal bagi lelaki untuk bercukur. Bagi wanita, boleh memotong mana-mana bahagian rambut asalkan tidak kurang dari 3 helai.
![]() |
Bukit Safa. Selepas selesai Saie, bertahallul |
![]() |
Kubah hijau ialah Makam Nabi, di sebelah makam ialah Raudhah |
5. Tertib - Setiap rukun yang dilakukan mesti mengikut turutan dan tertib.
![]() |
Talbiyah. Disunatkan untuk bertalbiyah semasa berihram. |
- Penerbangan Malaysia Airlines (MAS)
- Jadual penerbangan - 16 Jan 2020 MED/KUL MH159 (ETD 2255 - ETA 1255+1)
- Jemaah tiba di Malaysia pada 17 Jan 2020 hari Jumaat, jam 12.55 tengah hari.
No comments:
Post a Comment