Wednesday 24 January 2024

Cerita Rezeki - Part 1

Assalamualaikum.

Ada satu cerita, dari Fynn Jamal

Aku nak ajak semua orang nampak benda ni. Rezeki. Kalau ikut rancangan aku, aku nak putu piring je. Takde plan nak segala bagai. Patutnya aku berbelanja tak sampai RM10. Patutnya rezeki kedai putu piring tu.

Tapi nak dijadikan cerita, hari ni, kedai putu piring tu bukak lambat, dan aku malas nak tunggu. Yang sepatutnya aku belanja RM10 untuk minum petang, tau-tau jadi dekat RM30.

Rezeki pak cik cendol,
Tanpa marketing,
Tanpa pancing,
Dia just ikut rutin dia macam biasa.

Kalau memang Allah kata dia dapat RM30 harini,
Dia dapat RM30 harini,
Kazaalik
Begitu-begitu sahaja

Rezeki

Seringkali kita diberitahu trafik adalah segalanya
ramai orang, pasti ramai customer
aku pun, macam yang ramai-ramai tu
pernah percaya dan jadi risau kalau tak banyak mata yang lalu kat kedai kita

Kemudian bulan lepas dalam salah satu live berniaga,
trafik cuma ada 5 manusia - LIMA
kalau ikut hati, nak tutup je, tunggu hari lain, ambik timing lain
buat live dengan energy gila-gila, setakat yang tengok - 5
macam tak berbaloi pulak
tapi entah. alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan 
jalan terus, effort je. macam biasa, tau lah Allah nak balas apa dan macam mana

Tau-tau dalam 5 orang tu ada seorang yang nak membeli
tapi sekali beli terus dekat RM1,000

Rezeki

I know many business people gunakan ayat "usaha tak mengkhianati hasil" or some poop statement life that. Lupa apa ayat spesifiknya. tapi aku tak pernah setuju benda tu. 
Sebab aku datang dari keluarga yang - nak makan? kais

Mak kepada abah aku balu. Dari 21 tahun besarkan anak-anak sampai la ni single mother, abah aku dari mula hidup serahkan peluh darah untuk adik-beradik perempuan dan anak bini. Disiplin kerja yang Lillahi Taala aku tak pernah mampu nak tiru. Macam pak cik cendol gigi depan tinggal satu ni

Selagi Boleh Berdiri

Hasil ikut rezeki Allah nak bagi.
Titik


No comments:

Post a Comment