Thursday 11 January 2018

Seoul-Busan, Korea Selatan (South Korea) - Trip 2017

Assalamualaikum.

Memandangkan Korea Selatan ni antara salah satu wishlist paling wanted rakyat Malaysia ni terutamanya gegirls, ni ada sedikit sebanyak info untuk dibuat rujukan. Yang mana membantu boleh follow. Boleh la nak refer time sesak 😅

Dan sila take note info kaki dekat bahagian bawah, penting untuk yang first time ke Korea. Baikkan iolss 😋

Nah catatan perjalanan sepanjang di Seoul, Korea Selatan (2 orang) ala backpacker.

Duit
RM 100.00 = ₩27,100
Bawak seberapa yang mampu. Sebab currency Korea tinggi dari Malaysia. Cadangan belanja untuk 10 hari ₩500,000 = RM 1,800.00

Visa
Free Visa 90 hari. Ada passport, beli tiket dah boleh jalan. Macam biasa cek status perjalanan imigresen. Boleh cek dekat laman web imigresen. Dan cek tarikh expired passport.

Tiket
Pergi : KUL - ICN (Sept 17)
Balik : PUS - KUL (Okt 17)
*Pergi turun di airport Incheon, Seoul. Balik dari airport Busan.

Boarding pass Kuala Lumpur ke Incheon, Busan ke Kuala Lumpur

Hotel

1. Itaewon Land - Rumah Sauna (Jjimjilbang)
Seorang 1 malam ₩8,000 - ₩10,000
Lokasi : Itaewon. Exit stesen Itaewon

Boleh check in on the spot. Tak perlu booking. Rumah sauna Korea ni konsep dia, korang boleh tidur mana-mana je kat dalam tu. Bahagian lelaki dan perempuan diasingkan.

Boleh mandi sauna seberapa lama korang suka. Tempat tidur dia dalam kotak-kotak dan ala-ala dorm hostel. Boleh refer drama korea.. hehe. Cuba la, rugi datang Korea tak tidur rumah sauna. Ada loker persendirian.

2. Itaewon Inn - Hostel (Dorm)
Seorang 1 malam ₩10,000 - ₩15,000
Lokasi : Itaewon. Exit stesen Itaewon

Hostel. Ada bilik untuk perempuan dan ada bilik campur. Selalu dorm campur ni mat saleh je. Ada deposit, dah check out boleh claim. Bilik dorm, sorang satu katil dan loker. Memang sebijik asrama, cuma bilik air kongsi.

Contact Itaewon Inn. 


Aktiviti dan Tempat Melawat

1. Myeongdong Market - Naik subway exit stesen Myeongdong. Sangat besar dan macam-macam jenis kedai ada. Sini pusat utama pelbagai jenis jenama skincare dan make up Korea berkumpul. Pilihlah mana yang nak. Bila malam bertambah crowded sebab ada pasar malam. Makanan halal pun ada dijual.

2. Nandaemun Market - Naik subway exit stesen Hoehyeon. Exit stesen Myeongdong pun boleh. Jalan kaki dalam 5-10 minit dah sampai. Besar dan crowded. Open 24 jam. Nak beli borong ada waktu-waktu dia. Selalu tengah malam sampai awal pagi. Macam-macam ada. Baju, barang dapur, fabrik, hardware, makanan, cenderahati.

Hotteok, makanan jalanan yang terkenal di Korea. Sedap dan manis. Inti kacang hancur. Beli masa di Nandaemun. Popular masa musim sejuk (Autumn & Winter)

3. Dongdaemun Underground Market - Naik subway exit stesen Dongdaemun. Dongdaemun ni besar tau, ada kedai atas dan bawah (underground). Underground market iaitu market dekat stesen subway je. Ada jual barangan fabrik contohnya baju, cadar, selimut, comforter, selimut, bantal, hanbok (pakaian tradisional korea).

Hanbok yang dijual. 

4. Gwangjang Market - Naik subway exit stesen Jongno o-ga. Kedai jualan tutup awal. Kalau nak shopping, datang awal. Dekat sini banyak jual cenderahati, fabrik, kain ela, baju, barang dapur, kimchi, banchan (side dish Korean). Dan ada pasar basah.

5. Gyeongbokgung Palace - Naik subway exit stesen Gyeongbokgung. Boleh juga exit stesen Anguk. Kalau turun Anguk, boleh jalan terus pergi Insadong. Dekat Korea ada berlambak istana-istana lama zaman dinasti Joseon. Gyeongbokgung ni antara yang popular dan terbesar. Tiket masuk ₩3,000 seorang. Di sekitar kawasan-kawasan istana, akan ada kedai untuk sewa hanbok. Boleh sewa pakai dan jalan-jalan sambil bergambar. Boleh la acah-acah hidup zaman hwarang.. hehe

6. Insadong Art Street - Naik subway exit stesen Anguk. Menjual pelbagai jenis barangan kraf, arca, barangan tradisional, seni halus, lukisan. Terdapat banyak galeri lukisan, peminat lukisan dan seni sesuai datang sini.

Insadong Art Street. Kalau perasan kat belakang tu ada hwarang dengan princes tengah jalan-jalan, itu tourist pakai hanbok. Hanbok boleh disewa, rasanya ₩20,000 untuk 1 jam.

Oleh kerana Insadong ni dekat je dengan Gyeongbokgung Palace, jadi ada kedai sewa hanbok di sini.

Salah satu lorong di Insadong. Sengaja ambil gambar dekat sini sebab dinding bangunan tu diliputi dedaunan. Gitu ayat caption. Menangis cikgu bm baca.

7. Seoul Station - Naik subway exit stesen Seoul Station. Dekat sini kawasan duty free.

8. Dongmyo - Naik subway exit stesen Dongmyo. Sangat crowded. Pusat tumpuan jualan bundle. Peminat bundle wajib pergi sini. Dan makanan ringan banyak jugak. Sini semua murah-murah.

9. Itaewon - Naik subway exit stesen Itaewon. Tapi kalau stay Itaewon, pusing sini bila-bila masa pun boleh. Itaewon ni ramai foreigner dan ramai Malaysian jugak. Dekat sini ada banyak restoran dan makanan Halal. Ada Itaewon Mosque, nak pergi masjid dia kena mendaki sikit. Dan keseluruhan geografi Itaewon ni berbukit bukau. Siap sedia fizikal dan mental.

Waktu malam di Itaewon. 

10. Daiso - Daiso Korea ni lebih kurang macam kedai-kedai saka dekat Malaysia ni. Dah masuk memang berjam-jam la dalam tu. Ada di seluruh Korea, dan barang-barang dia menarik, berkualiti dan comel-comel dengan harga yang murah! Tu yang penting, sebab tu masuk list.. hehe

Apa yang ada dalam Daiso ni? Semua ada, dari barang rumah, peralatan dapur, barang sekolah, barang untuk haiwan peliharaan, peralatan berkebun, mekap, skincare dan macam-macam lagi.

Salah satu kedai Daiso (pic from Google)


11. Busan - Dari Seoul ke Busan naik bas je. 5 jam perjalanan. Harga tiket bas ₩23,000. Naik dari stesen Express Bus Terminal. Bas akan berhenti di stesen Nopo. Train to Busan tu mahal. Lari bajet. Harga train ke Busan ₩54,000 seorang.

Stesen Nopo. Stesen bas di Busan

Gimhae International Airport. Airport Busan.

Tempat Makan

1. Zaffran Restaurant - Halal Indian Cuisine. Lokasi Itaewon. Harga sederhana mahal. Masakan sedap dan memuaskan. Servis pun bagus.

Zaffran Restaurant. Makan 2 orang. Order 2 lauk dan 2 nasi. Terlebih, kitorang bungkus.

2. Cairo BBQ - Masakan Arab. Lokasi Itaewon. Harga antara termurah dibandingkan tempat lain. Masakan sedap dan hidangan untuk seorang agak banyak. Ada air free. Air kosong dan teh.

3. Makan banyak berjimat, sebab harga makanan pun boleh tahan mahal. Pergi ramai boleh share. Yang selebihnya makan bekal. Bawak megi, sardin, tuna dan roti. Sekali sekala nak makan makanan Korea boleh la.

Anggaran Kos Kasar
Tiket AA pergi balik - RM 750.00
Hostel 9 malam - ₩90,000 (RM 330.00) seorang
Kad T-Money - ₩4,000 (RM 14.60)
Topup T-Money untuk 10 hari - ₩30,000 (RM 110.00)
Makan 10 hari - ₩70,000 (RM 257.00) seorang
Tiket bas dari Seoul ke Busan - ₩23,000 (RM 84.50)
Souvenirs & Shopping - ₩100,000 (RM 368.00)
Lain-lain - ₩100,000 (RM 368.00)

JUMLAH = RM 2,282.10
*Jumlah termasuk tiket flight beli masa tak promo 😞


INFO Kaki :
1. Lepas sampai airport Korea, terus beli T-Money a.k.a Touch&Go. Cari mesin yang jual T-Money. Ada dekat airport dan ada dijual di convenient store i.e 7E. Ada T-Money ni senang hidup korang dekat Korea. Dah beli topup siap-siap.
2. Toilet/tandas di Korea tiada paip air. Pastikan bawak botol air @ bekas untuk isi air bila keluar berjalan. In case tetiba nak masuk toilet.
3. Belajar sikit-sikit bahasa Korea. Kebanyakkan orang Korea tak fasih English. Download apps bahasa Korea pun ok.
4. Susah nak jumpa surau @ masjid. Plan timing bebetul sebelum keluar.
5. Susah jumpa makanan Halal kecuali dekat Itaewon. Kalau pergi tempat selain Itaewon, bawak bekal @ makan siap-siap. Susah jumpa, bukan takde.
6. Pakai kasut yang betul-betul selesa.  Di Korea akan banyak berjalan, sebab guna public transport. Dan tempat lawatan & shopping mostly luas.
7. Bawa travel adapter. Korea guna plug 2 pin kepala bulat. Plug diorang takde suis, cucuk terus masuk. Dan bawa powerbank.
8. Pakai/bawa pakaian yang sesuai ikut musim.

Itu sahaja. Adios


No comments:

Post a Comment