Monday 1 January 2018

Yogyakarta, Indonesia

Assalamualaikum.

Tiba-tiba pergi Jogja.. Ni untuk rujukan je kalau bila-bila nak pergi lagi atau tiba-tiba ada orang tanya minta itinerary pergi Jogja. Padahal cerita dah 3-4 tahun lepas punya, terpaksa flashback balik semua =.=

Yogyakarta atau nama glamornya Jogjakarta.

Itinerary ni tak disusun ikut hari dan tanpa menggunakan travel agen. Susun lah ikut kesukaan dan kesesuaian masa masing-masing.

Nah catatan perjalanan sepanjang 5 hari (6 orang) di Yogyakarta, Indonesia.. gittew

Duit
RM 100.00 = Rp 330,000
Untuk belanja 5 hari saranan bawak la dalam Rp 1,350,000 = RM 400.00
Kalau kaya bawak la lebih. Eh, suka hati la.

Visa
Free Visa 30 hari. Ada passport, beli tiket dah boleh jalan. Make sure cek dulu status perjalanan dengan imigresen. Kang tak pasal sangkut kat airport. Boleh cek dekat laman web imigresen.

Tiket
Pergi : KUL - JOG (25 Ogos 14)
Balik : JOG - KUL (30 Ogos 14)
*Masa balik ada caj di airport Jogja Rp 100k

Dah beli tiket, boleh check in secara online dekat laman web AA seeloknya seminggu sebelum terbang. Dah check in, print boarding pass. Bawak pergi airport boarding pass + passport.

Boarding pass. Kuala Lumpur ke Jogja, Jogja ke Kuala Lumpur

Hotel
Hotel Pules
Jalan Mataram, 88 Yogyakarta
* Hotel boleh book melalui email

1 malam starting Rp 294,000 = RM 86.00
Bilik boleh share, dah jimat kat situ. Dan hotel ni dekat dengan Malioboro.

Flyer hotel. Ada contact semua.

Aktiviti dan Tempat Melawat

1. Jalan Malioboro - Dibuka 24 jam. Sepanjang jalan ada gerai orang berniaga. Jualan @ signature utama di Jogja ni adalah batik, hasil seni, arca tradisional Jawa, cenderahati dan makanan. Waktu malam pula, ada yang pakai kostum-kostum pelik @ unik untuk bergambar. Ada kereta kuda, pelbagai pertunjukkan dan lain-lain. Gerai makan pun banyak.

Naik kereta kuda di Malioboro

2. Taman Sari - Atau dipanggil Water Castle merupakan sebuah istana bawah tanah tinggalan sejarah. Dikelilingi kolam-kolam air, saluran air bawah tanah, tasik buatan manusia dan taman. Kawasan dia besar dan cantik (untuk kategori bangunan lama). Diwartakan sebagai salah satu 'Tapak Warisan Dunia'. Buka pukul 9pagi - 2.30petang. Tiket masuk Rp 5,000 seorang. Boleh masuk sejam je.

Tiket masuk Taman Sari

Salah satu pintu di Taman Sari

Pintu masuk besar Taman Sari

3. Candi Prambanan - Merupakan sebuah kompleks candi Hindu. Besar dan luas. Tinggalan sejarah. Jogja memang banyak tinggalan candi, Prambanan merupakan ikon Jogja dan antara yang femes dan besar. Tiket masuk Prambanan + Borobudur Rp 400,000 seorang (bukan warganegara). Boleh guna kad pelajar, dapat diskaun 50%

Dalam kawasan candi. Lepas beli tiket, nak masuk sini setiap pelawat akan diberi kain batik lepas. Pakai la dan ikat ikut cara masing-masing. Sebabnya batik adalah trademark Kota Jogja

4. Candi Borobudur - Merupakan sebuah kompleks candi Buddha. Pernah menjadi salah satu dari tujuh keajaiban dunia. Dan candi Buddha terbesar di dunia. Tiket masuk pakej sekali dengan Prambanan.

Tiket masuk candi Prambanan + Borobudur

Ramai pelancong terutama musim cuti. Masa ni bulan Ogos memang padat, cuaca pun cantik.

5. Pantai Parangtritis - Antara pantai yang terkenal di Jogja. Pantai dia agak luas. Ada aktiviti ATV jugak dekat sini. Tiket masuk Pantai Rp 3,750. Bayaran naik ATV Rp 50,000 seorang untuk setengah jam.

Tiket masuk Pantai Parangtritis. Pantai ni tak boleh mandi ya dong. Bahaya.

Naik ATV di Pantai Parangtritis. Luas pantai ni. Selain ATV, ada jugak aktiviti berkuda.

6. Pantai Klayar - Terletak di Pacitan, Jawa Timur. Tiket masuk Rp 3,000. Tapi sekarang dah naik harga tiket masuk jadi Rp 10,000. Untung pergi awal.. hehe Untuk jalan-jalan dan ambil gambar. Cantik tapi tak boleh mandi. Angin kuat, ombak pun kuat. Gambar banyak yang hilang.. haish

Pantai Klayar. Angin memang kuat. Pemandangan cantik.

7. Gua Gong - Terletak di Pacitan, Jawa Timur. Tiket masuk Rp 5,000 seorang. Suasana dalam gua cantik sebab ada kristal.

Dekat luar Gua Gong. Biasala, ada banyak patung-patung tinggalan Hindu & Buddha.

8. Ada banyak lagi tempat yang kami pergi. Tapi almaklumlah, dah tak ingat gambar pulak mana entah semua pergi.

9. Dan Jogja ni ada lebih 200 tempat untuk lawatan dan tempat menarik untuk dikunjungi. Pergi sekali je tak cukup. Ada masa dan uang boleh plan pergi lagi.

Tempat Makan

1. Restoran Bu Gandos - Lokasi tak pasti kat mana. Boleh request dekat supir nak makan sini. Menu seafood. Menu tak banyak, tapi masakan dia sangat sedap. Restoran dia dekat tasik, seronok makan sambil layan suasana kat sini.

2. Selebihnya makan kat mana rasa nak singgah. Banyak memori lost.. hahaha

Anggaran Kos Kasar
Tiket AA pergi balik - RM 89.00 *beli masa promo
Airport caj di Jogja masa balik - Rp 100,000 (RM 30.00)
Hotel 2 bilik 4 malam kongsi 6 orang - Rp 196,000 (RM 57.00) seorang
Supir - Rp 100,000 (RM 30.00) seorang
Tiket masuk Candi - Rp 400,000 (RM 118.00)
Tiket masuk Taman Sari - Rp 5,000 (RM 1.47) seorang
Tiket masuk Pantai Parangtritis - Rp 3,750 (RM 1.10) seorang
Naik ATV - Rp 50,000 (RM 14.75)
Tiket masuk Pantai Klayar - Rp 3,000 (RM 0.88)
Tiket masuk Gua Gong - Rp 5,000 (RM 1.47)
Makan 5 hari - Rp 100,000 (RM 30.00) seorang
Souvenirs - Rp 100,000 (RM 30.00) seorang
Lain-lain - Rp 50,000 (RM 15.00) seorang

JUMLAH = RM 418.67
*Jumlah termasuk tiket flight.


NOTA Kaki :
1. Standby nombor telefon supir @ teksi dalam 2-3 orang. Sebagai back up je.
2. Sentiasa bawa air minuman. Musim panas di Indonesia betul-betul kering. Kadang sampai tak hujan langsung. So, prepare je air.
3. Sentiasa bawa makanan ringan @ kudapan kalau perjalanan jauh. Jalan di Indonesia berbukit-bukau. Elakkan perut kosong, nanti rasa nak muntah @ pening.
4. Sediakan ubat. Panadol pun jadi. In case of emergency.
5. Pakai kasut yang selesa.
6. Jangan lupa bawa travel adapter. Plug setiap negara berlainan. Indonesia guna 2 pin. Dan sentiasalah bawa powerbank.
7. Harga tiket masuk tempat lawatan adalah pada tahun 2014. Berkemungkinan besar semua dah naik harga sekarang.

Itu sahaja. Adios.



No comments:

Post a Comment