Monday 22 January 2018

Top Komtar Tower Run, Pulau Pinang

Assalamualaikum.

The Top Komtar Tower Run diadakan di sekitar Komtar dan naik ke Menara Komtar, Pulau Pinang. Nak join kena daftar awal. Oleh kerana iolss baru je balik dari Korea, maka justeru itu pergi sana sebagai pasukan sorak jela. Peserta yang terlibat sister iolss Pana dan Pipah.

Dari Taiping ke Pulau Pinang

Nah catatan perjalanan ke Penang bersama keluarga (5 orang) 2 hari 1 malam. Naik kereta.

Hari Pertama (2/12/17) - Gerak ke Pulau Pinang dari Taiping, adala dalam 1 jam 30 minit. Terus pergi ke Komtar sebab nak ambil Kit Perlumbaan (Race Kit) iaitu t-shirt.

Tidur 1 malam di rumah Pana sebab dia memang kerja dekat sana. Makan tak ingat nama kedai, tapi dekat-dekat dengan One Precint. Ada satu deretan shoplot baru. Restoran masakan ala Thai. Sedap dan restoran dia bersih.

Hari Kedua (3/12/17) - Sesudah Subuh kitorang keluar, sebab larian mula pukul 7 pagi. Gigih tak gigih kena keluar jugakla awal pagi. Jalan tak jem sebab awal pagi dan weekend. Tapi parking area Komtar tu hampir nak penuh la. Hampir. Nasib. Sempat.

Baru selesai larian luar. Nak masuk Komtar. Peserta larian baju Pink, kru larian baju biru

Larian naik ke Menara Komtar.

Selepas larian, setiap peserta akan diberi Finisher Medal dan Goodies Bag. Ini bukan pertandingan larian, jadi peserta boleh lari secara santai. Tapi, 100 peserta pertama yang menamatkan larian akan diberi pass untuk Rainbow Sky Walk di tingkat 68 Menara Komtar.

Kumpulan sorak merangkap photographer tak bertauliah

Finisher Medal. Setiap peserta dapat.

INFO :

1. Menara Komtar terletak di Georgetown, merupakan menara tertinggi di Pulau Pinang, berbentuk silinder dan memaparkan pemandangan pulau tersebut dan melintasi selat ke seberang Perai.
2. KOMTAR adalah singkatan untuk Kompleks Tunku Abdul Razak.
3. Objektif larian ini diadakan adalah untuk memupuk gaya hidup sihat dikalangan penduduk tempatan.
4. Acara larian ini juga bertujuan kuat untuk mempromosikan menara berprestij itu sebagai destinasi pelancongan.

Itu sahaja. Adios



No comments:

Post a Comment